Saturday, September 24, 2011

Lawak Bodoh Hari ni


ayahanda: mamat, kau ada dah calon nak buat bini?

mamat: dah ada, pak.

ayahanda: siapa?

mamat: nenek.

ayahanda: gila! tu kan mak aku!

mamat: abis tu, bapak kahwin dengan mak saya boleh pulak?

ayahanda: aduh, anak sapa la yang bodoh bengap sangat ni.

mamat:anak ayah lah!

mak:hmm..! same je anak beranak..! same2 bengap..!

aku pun kopi paste dari Fb ( kepada tua empunya lawak, aku minx share nih )

Tuesday, September 13, 2011

x kan ku menyerah kalah !!

selagi jasadku belum terkubor.....
selagi tubuhku belom ditimpa uzur ~~

xkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah harapanku hancor
sayapku patah.....

semangat nak siapkan FINAL PROJECTO!
ina sayang faris....
faris pun sayang ina ~~

Monday, September 12, 2011

Hadis Riwayat

Hadis riwayat Hudzaifah B. Yamani

Rasulullah saw, bersabda : "Akan berkuasa sepinggalku nanti,pemimpin-pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku, dan tidak bertindak sesuai dengan sunnahku. Dan akan ada di antara mereka, orang-orang yang berhati setan dalam tubuh manusia...''Hudzaifah bertanya : "Apa yang sebaliknya kulakukan seandainya aku mengalami masa itu,ya Rasulullah?" Jawab baginda : "Dengar dan taatlah padanya! Dan seandainya ia mendera punggungmu dan merampas harta mu, dengar dan taatlah padanya..."

Hadis oleh Muslim dalam Shahihnya, jilid II halaman 120.

Dirawikan oleh Ummu Salamah : " Akan ada pemimpin-pemimpin yang berkuasa atas kamu, mereka mengerjakan yang ma'ruf maupun yang mungkar. Orang yang sadar, akan terbebas dari tanggungjawabnya. Dan orang yang menolak(perbuatan)mereka,ia akan selamat...".
Mereka yang mendengar itu bertanya :"Apakah tidak seharusnya kami memerangi mereka?"
Tidak!",jawab Baginda."Selama mereka mengerjakan solatnya".

Hadis oleh Muslim, jilid II halaman 122.
Yang dimaksud dengan ucapan Baginda Rasulullah saw, ialah : Barangsiapa yang meyakini kemungkaran itu dan tidak merasa ragu, maka ia beroleh jalan menuju kebebasan dari dosa serta hukumannya, iaitu dengan berusaha merosak dan merubah kemungkaran itu dengan tangannya, atau dengan ucapannya, atau paling sedikit dengan cara mengingkarinya dalam hati.

Saturday, September 10, 2011

Mustadrak al-Hakim

“Wahai Ali, kamu adalah penghulu di dunia dan penghulu di akhirat, kekasihmu adalah kekasihku, dan kekasihku adalah kekasih Allah. Musuhmu adalah musuhku, dan musuhku adalah musuh Allah, celakalah orang yang membencimu sesudahku.”(Mustadrak Al-Hakim 3: 128).

Sunday, August 28, 2011

x tido lagi

aku baru lepas study math...
hyperbolic functions....trigo katanya

aku pun xtau utk apa aku guna benda ni...
tapi yg aku tau...sem 6 ni..math amat susah bagi orang bodoh cam aku.

boleh lah kalau nak dapat mark CP2...
tapi xkan setakat tu je aku punya targetkan ??
mesti mau lebih....aku nak AKJ sem ni....
mesti mau sambung itu degree jgk !!

Sunday, August 21, 2011

hari ni terasa penat semacam...

ntah kenapa....
mungkin sebab minggu ni minggu last nak puasa di poli..
penant betoi......

besok ada quiz termo 2 sekali harung dengan KDB 2....
apa nak jadi lah....
hari tu kelas xnak buat...pastu dah berserabut.....

kami budak2 jgk yang melingkop....
lusa plak....quiz math 5.....hyperbolic function....hadess....
bukan dia dah ni.....

tapi yang best...hari ni belajar benda baru....
apa dia ??

ni dia......nak cita
counter dgn timer dalam sistem PLC....
haha.....best gila !!

Sunday, August 7, 2011

Robotik dari segi Faris

Pengenalan perihal robot sikit !!

Pekataan robot ni mula-mula hadir dari seorang penulis bangsa Czeck ( Karel Capek ).
dia create istilah robot dalam drama dia lah, tajuknya ( Rossum's Universal Robots ).

word robot berasal dari = robota ( bukan kobota ya !! ) tapi robota.
perkataan Czeck yang maksudnya " buruh paksa ", tahun 1921.

Takrifan : Automasi / Pengautomatan

* Automasi maksudnya ialah pelaksanaan kerja atau operasi dengan guna peralatan seperti mesin, perkakasan mesin, alat pengangkut. Di mana mampu buat keja dengan cekap, mengawal dengan sendiri tanpa perlu dikendalikan secara langsung oleh kita ( manusia )

* Robot perindustrian

`Robot ialah pengolah berbilang fungsi
`boleh diaturcara semula
`direka bentuk untuk mengangkat bahan, bahagian-bahagian, perkakas
`untuk melaksanakan tugas tertentu

Istilah-istilah Pergerakan & Prestasi Robot

Pengolah ( manipulator )
> lengan atau paksi robot ( m'bengkok , memulas & menjangkau )

Darjah kebebasan ( degree of freedom )
> bilangan sendi atau sambungan ( menggelongsor & putaran )
> setiap sendi punya satu darjah kebebasan

Peralihan ( translation )
> pergerakan bahagian badan pada paksi robot tanpa m'libatkan putaran tapaknya sepanjang garis lurus

Tatarajah ( configuration )
> kelas robot perindustrian ikut fizikal atau struktur geometri
> ada 7 tatarajah robot

Kebolehulangan ( repeatability )
> ukuran kemampuan pengolah untuk kembalikan kedudukan pengesan hujung pada lokasi yang sama.
> ukuran kebolehulangan lebih kecil dari nilai ketepatan

Kejituan/Ketepatan ( Accuracy )
> ukuran kemampuan lengan robot untuk menepati titik yang dikehendaki

Anjakan ( Displacement )
> pergerakan linear lengan robot.

Orientasi ( Orientation P
> rujuk keadaan hujung lengan berbanding dengan satu satah rujukan.
> gerakan menegak lengan dipadankan dengan paksi Y sebagai satah rujukan
> gerakan mendatar paksi X

Persendian ( articulation )
> cara mana setiap sendi lengan robot dibina.