Bf : Temenung jauh kau ni,ingat sapa ??
Faris : Eh,kau ke. X reti nak ketok ke pintu orang dah buat tu ??
Bf : Sori-sori, jangan lah marah, baru 1st time aku buat cmni, aku ngendap kau tadi, pintu tu x rapat.
Faris : Ya ke ?? xlah mana ada marah,nasihat kawan baik xkan tu, x boleh ??
Bf : Dah makan ke ??
Faris : Sapa ?? aku ke ??
Bf : Xlah aku tanya makcik sebelah tu, tapi dia diam je,itu yang aku tanya kau plak.
Kau lah sapa lagi dalam umah ni ??
Faris : Dah, semalam.
Bf : Semalam ?? uih, spesies Avatar ke kau ni ?? makan apa camtu ?? aku tanya hari ni punya makan la, dah ke belum ??
Faris : Wahai Encik sahabat sejati, kau ada Nampak apa-apa ke atas meja makan kat luar tu ??
Bf : Seingat aku, aku Nampak roti dengan biskut tong tu. Kenapa Encik Faris ??
Faris : Ha, sebab tu la aku xmakan lagi. X, aku x berapa selera la sejak-sejak ni. Kalau kau nak kuar makan, pegi lah, aku nak pesan sekotak lucky strike.
Bf : Haha, yelah tu je yang ada kat umah kita ni. Apa kau mintak tadi ?? Lucky strike ?? nak mampos ke hapa mamat ni, kalau Umi kau tau, mau dia ketok kau dengan sijil lahir kau kat kepala tu.
Faris : Haha, kenapa plak sijil lahir ?? sijil lahir aku, ok je aku tengok ?? sijil SPM aku terok lah. Kalau tu aku x kisah sangat.
Bf : Lawak keras perot plak mamat ni !!
Faris : Aku gurau je la, prinsip aku “ kalau rokok tu sedap dengan murah, dah lama la aku hisap”. Tau x ?? mungkin lebih bekotak-kotak dari kau tu .
Bf :Eh, sound kita plak ?? aku xnak kau buat benda yang kau x penah buat je, aku sahabat kau dunia akhirat kot ??
Faris : Hehe,ye tahu2, * dunia akhirat* Promise ni ??
Bf : Promis
Faris : Aik, mana E kau ??
Bf : Yelah, PROMISE !!
Faris : Camtu ar.
Bf : Camna dgn illness kau tu ??
Faris : Ok, biasa lah kalau selalu camni.
Bf : Word biasa kau ni lah yang aku paling sakit hati bila dengar.
Faris :Kenapa plak ?? salah ke ??
Bf : Salah lar, kau ambik mudah perkara penting. Diri kau tu, jaga lah sikit. Kalau dah sakit, dengan sapa aku nak bergurau ??
Faris : Makcik sebelah ada ??
Bf : Woi !!
Faris : Haha, sori-sori. Aku ada la, kuat lagi.
Bf : Kuat la sangat, kalau nak solat pun payah.
Faris : Jangan lah marah-marah camni. Kang nanti aku tido.
Bf : Orang kalau sayang sumtink, memang lah camni.
Faris : Kau sayang aku ?? baik-baik kau, tau makcik sebelah ni nanti, xpasal-pasal kita kena ops dengan Majlis Agama. Nak ke ??
Bf : Merepek lagi mamat ni,kau ni kalau x buat lawak keras perot sehari memang xsah.
Faris : Hidup kawanku, HIDUP.
Bf : Dah bagitau dia ??
Faris : Sapa ?? makcik sebelah lagi ke ??
Bf : X, dia lah ??
Faris : Oo, x. X pun. Nanti dia fikir aku tipu dia lagi. Dah lama aku nak bagi tau. Tapi sekarang biar je lah. Dia pun dah x fikir pasal aku lah.
Bf : Itulah kau, dulu masa baik-baik, kau buat perangai.
Faris : Hehe, buat perangai. Aku faham yang dia nak tumpukan study dia, dan dia nak aku faham dia masa tu, dan aku beri time tu for her. Aku dah pasang niat nak kol dia balik lepas bulan 4 ni. After she finish her study. Tapi aku hanya lihat dia happy dalam FB. And biasalah,kita kalau cemburu,kan ??
Bf : Cemburu buta kau tu ??
Faris : Aku ke ?? siapa pun masa tu akan cemburu, kalau kita dah buat yang terbaik untuk dia. Untuk dia focus dalam study.
Bf : ...............................
Faris : Tapi aku x salah kan dia, sebab itu memang salah aku. Salah aku, sebab x bersama dia bila dia perlu aku ni.
Bf : So, apa kau nak buat sekarang, dengan kau camni ??
Faris : Aku terus menyayangi dia. Akan terus camni.
Bf : Sampai bila ??
Faris : Sampai dia bertunang, berumah tangga, sampai nafas aku berhenti.
Bf : ....................................habis diri kau tu ??
Faris : Macam yang aku penah bagitau kau, aku LELAKI, x berkahwin pun orang x nampak sangat kan ??
Bf : Nanti kalau aku dah kawin ?? kau ?? kau nak duduk rumah ni sorang-sorang ke ??
Faris : Yelah !! xkan nak duduk dengan kau sekeluarga ?? x pelik ke ??
Bf : mestilah pelik .
Faris : hehe.................
Bf : Kau boleh lupakan dia lah. Awek banyak kat dunia ni, pecaya la cakap aku.
Faris : Hehe, senang kalau cinta tu hanya di mulut kita sahabatku. Tapi ia ada dihati ni. Hati ni terubat bila fikir pasal dia, fikir gelak dia, kata-kata cinta dia pada aku sebelum ni. And aku OK camtu,dan kau sebagai sahabat baik aku, jangan lah fikir pasal masa depan aku, aku masih bermental lagi lah.
Bf : ........................................
Faris : Sekarang kau cuma perlu tolong aku ambik ubat je. Aku pun dah malas nak makan ubat yang belambak-lambak ni. Tapi sebab kau nak sahabat kau ni sentiasa bergurau dengan kau, sebab tu lah aku masih makan. Hehe....
Bf : Dah la, kau memang camtu. Manja !! selagi aku ada dengan kau, aku buat yang terbaik.
Faris : Selagi aku masih bernafas, aku cuba pujuk hati ni....luka dalam tu, Allah Yang Maha Mengetahui dengan aku je yang boleh rasa. InsyaAllah, dia cinta terakhir aku selagi aku melihat dunia Yang Maha Agung ini.
Bf : .............................
Faris : Hei !!
Bf : Kenapa ??
Faris : Terima kasih sebab bersama aku selama ni. Aku xkan lupa kau, kalau aku kat sana nanti. Janji !!
Bf : .................................
Akal dan Otak
اَللّـهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّد وَآلِ مُحَمَّد
Saturday, February 11, 2012
Saturday, February 4, 2012
Perpisahan
Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama
Seringkala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia
Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Kenapa??
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama
Seringkala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia
Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Kenapa??
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu
Friday, October 28, 2011
Final Semester Projecto
Apa yang anda lihat ini adalah sebuah mesin hasil tangan
dari pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,
kelas DKM6B, dianggotai oleh 6 pelajar :
1.Mohd Hasif
2.Ahmad Faris Najmi B.Azami
3.Syed Muhamad Zulhafiz
4.Faizal
5.Ku
6.Wan
dalam penghasilan, rekaan serta kerja membuat produk ini,
telah dilakukan dengan baik. telah dibahagikan peranan
setiap ahli anggota kumpulan tersebut.
Nama projek ini ialah : LOCKER DRYER LIFE BETTER ( LB )
Monday, September 26, 2011
Riwayat Abu Said al-Khudri
Umar ketika sembahyang bersama Nabi (Saw.) telah menyeru Badwi penjual susu supaya berhenti di tempatnya. Al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawa’id, II, hlm. 62, meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri bahwa Nabi (Saw.) sedang sembahyang tiba-tiba seorang Badwi datang dengan susunya. Kemudian Nabi (Saw.) memberikan isyarat kepadanya, tetapi dia (Badwi) tidak memahaminya.Lalu Umar memanggilnya:”Wahai Badwi! Berhentilah di situ.” Apabila Nabi (Saw.) memberi salam, beliau bertanya:”Siapakah yang bercakap tadi?” Orang ramai menjawab:”Umar.” Lalu Nabi (Saw.) bersabda:”Ilmu fiqh mana yang diikutinya! (sehingga dia dapat bercakap di dalam sembahyang).”
Saturday, September 24, 2011
Lawak Bodoh Hari ni
ayahanda: mamat, kau ada dah calon nak buat bini?
mamat: dah ada, pak.
ayahanda: siapa?
mamat: nenek.
ayahanda: gila! tu kan mak aku!
mamat: abis tu, bapak kahwin dengan mak saya boleh pulak?
ayahanda: aduh, anak sapa la yang bodoh bengap sangat ni.
mamat:anak ayah lah!
mak:hmm..! same je anak beranak..! same2 bengap..!
aku pun kopi paste dari Fb ( kepada tua empunya lawak, aku minx share nih )
Tuesday, September 13, 2011
x kan ku menyerah kalah !!
selagi jasadku belum terkubor.....
selagi tubuhku belom ditimpa uzur ~~
xkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah harapanku hancor
sayapku patah.....
semangat nak siapkan FINAL PROJECTO!
ina sayang faris....
faris pun sayang ina ~~
selagi tubuhku belom ditimpa uzur ~~
xkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah harapanku hancor
sayapku patah.....
semangat nak siapkan FINAL PROJECTO!
ina sayang faris....
faris pun sayang ina ~~
Monday, September 12, 2011
Hadis Riwayat
Hadis riwayat Hudzaifah B. Yamani
Rasulullah saw, bersabda : "Akan berkuasa sepinggalku nanti,pemimpin-pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku, dan tidak bertindak sesuai dengan sunnahku. Dan akan ada di antara mereka, orang-orang yang berhati setan dalam tubuh manusia...''Hudzaifah bertanya : "Apa yang sebaliknya kulakukan seandainya aku mengalami masa itu,ya Rasulullah?" Jawab baginda : "Dengar dan taatlah padanya! Dan seandainya ia mendera punggungmu dan merampas harta mu, dengar dan taatlah padanya..."
Hadis oleh Muslim dalam Shahihnya, jilid II halaman 120.
Dirawikan oleh Ummu Salamah : " Akan ada pemimpin-pemimpin yang berkuasa atas kamu, mereka mengerjakan yang ma'ruf maupun yang mungkar. Orang yang sadar, akan terbebas dari tanggungjawabnya. Dan orang yang menolak(perbuatan)mereka,ia akan selamat...".
Mereka yang mendengar itu bertanya :"Apakah tidak seharusnya kami memerangi mereka?"
Tidak!",jawab Baginda."Selama mereka mengerjakan solatnya".
Hadis oleh Muslim, jilid II halaman 122.
Yang dimaksud dengan ucapan Baginda Rasulullah saw, ialah : Barangsiapa yang meyakini kemungkaran itu dan tidak merasa ragu, maka ia beroleh jalan menuju kebebasan dari dosa serta hukumannya, iaitu dengan berusaha merosak dan merubah kemungkaran itu dengan tangannya, atau dengan ucapannya, atau paling sedikit dengan cara mengingkarinya dalam hati.
Rasulullah saw, bersabda : "Akan berkuasa sepinggalku nanti,pemimpin-pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku, dan tidak bertindak sesuai dengan sunnahku. Dan akan ada di antara mereka, orang-orang yang berhati setan dalam tubuh manusia...''Hudzaifah bertanya : "Apa yang sebaliknya kulakukan seandainya aku mengalami masa itu,ya Rasulullah?" Jawab baginda : "Dengar dan taatlah padanya! Dan seandainya ia mendera punggungmu dan merampas harta mu, dengar dan taatlah padanya..."
Hadis oleh Muslim dalam Shahihnya, jilid II halaman 120.
Dirawikan oleh Ummu Salamah : " Akan ada pemimpin-pemimpin yang berkuasa atas kamu, mereka mengerjakan yang ma'ruf maupun yang mungkar. Orang yang sadar, akan terbebas dari tanggungjawabnya. Dan orang yang menolak(perbuatan)mereka,ia akan selamat...".
Mereka yang mendengar itu bertanya :"Apakah tidak seharusnya kami memerangi mereka?"
Tidak!",jawab Baginda."Selama mereka mengerjakan solatnya".
Hadis oleh Muslim, jilid II halaman 122.
Yang dimaksud dengan ucapan Baginda Rasulullah saw, ialah : Barangsiapa yang meyakini kemungkaran itu dan tidak merasa ragu, maka ia beroleh jalan menuju kebebasan dari dosa serta hukumannya, iaitu dengan berusaha merosak dan merubah kemungkaran itu dengan tangannya, atau dengan ucapannya, atau paling sedikit dengan cara mengingkarinya dalam hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)