Tuesday, March 29, 2011

semester 5


dah 4 bulan aku tempuh...
penat jgk siapkan assignment, fahamkan modul-modul
serabut betul....
tapi ini yang aku nak, untuk hidup aku satu hari nanti

baru lepas buat bebapa soalan math eng. ~~
buat aku hepi....
hehe, syg aku dah tido dibuai mimpi waktu ni...
( apa la yg dia mimpi tu ) ???

love u sabrina...

Wednesday, March 23, 2011

try dis...i learn sometink new today lar ...~~ Alhamdulillah

file:///C:/Documents%20and%20Settings/Asus/My%20Documents/html_tutorial_example.html

final = project = exam ~






















apa patut aku buat time camni ??
rest atau lepak..??

study ?? dari awal sem hari tu dah study ...
xkan nak buat benda yang sama je....

final = project = exam ~

Monday, March 21, 2011

Nabi-nabi & para Rasul Allah SWT

: Dan tiadalah yang diucapkan itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain merupakan wahyu yang di wahyukan.

( an-Najm : 3 - 4 ).

Begitulah semua nabi dan rasul Allah SWT ( selawat ~~ )

4 minutes ago · Like · · Unsubscribe

Sunday, March 20, 2011

Bonda

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda

Saturday, March 19, 2011

Peristiwa Mubahalah

Rasulullah (s.a.w) memilih keluarga beliau yang utama untuk bergabung dalam peristiwa Mubāhalah. Persoalannya di sini mengapakah baginda masih tidak membawa anak-anak yang lain untuk mengambil bahagian dalam peristiwa ini kecuali Fāṭimah?

Muslim Nishābūrī menulis di dalam Ṣaḥīḥnya:


عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ أَمَرَ مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ سَعْدًا فَقَالَ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسُبَّ أَبَا التُّرَابِ فَقَالَ أَمَّا مَا ذَكَرْتُ ثَلَاثًا قَالَهُنَّ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَنْ أَسُبَّهُ لَأَنْ تَكُونَ لِي وَاحِدَةٌ مِنْهُنَّ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ ... وَلَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ { فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ } دَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيًّا وَفَاطِمَةَ وَحَسَنًا وَحُسَيْنًا فَقَالَ اللَّهُمَّ هَؤُلَاءِ أَهْلِي .
صحيح مسلم ، ج 5 ، ص 23، كتاب فضائل الصحابة ، باب من فضائل علي بن أبي طالب، ح 32 .


ʽĀmir bin Saʽd bin Abī Waqqāṣ meriwayatkan daripada ayahnya yang berkata: Muʽāwiyah bin Abū Sufyān menitahkan Saʽd (mencaci ʽAlī). Maka Muʽawiyah bertanya: Apa yang menyebabkan engkau tidak mencerca Abā Ṭurāb (ʽÂlī bin Abī Ṭālib) . Saʽd menjawab: Dikeranakan tiga faḍīlat yang Nabī sabda tentang beliau, maka saya tidak akan mencacinya. Andainya saya memiliki salah satu darinya, maka ia lebih baik buatku berbanding memiliki seekor unta berbulu merah… tatkala turunnya ayat (... فقل تعالوا ندع أبناءنا و أبناءكم و نساءنا و نساءكم و أنفسنا و أنفسكم ...), Rasulullah (s.a.w) memanggil ʽAlī, Fāṭimah, Ḥasan dan Ḥusayn dan berkata: Ya Allah, mereka ini ahliku.
- Ṣaḥīḥ muslim, jilid 5 halaman 23

Friday, March 18, 2011

cerita hari ni ~

Daripada Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah)

lihat ke mataku S****n*



jangan diam camni.....
tolong....
x bisa hidup tanpa kamu...
just like i said to u, dat nite...

kamu yang pertama ~~ maafkan aku..

Monday, March 14, 2011

cuti sekolah is time to marry


dah 3 hari cuti sekolah ( untuk perlis,penang,perak dll. )
dah 4 hari cuti sekolah ( untuk kedah & kelantan )

budak-budak tentu saja best sgt time ni, ni la masa nak main puas2..
nak mandi sungai ke, terjun lombong tinggal ke, time nak blajar naik motor
dalam kampung pun boleh jugak time ni...( sebab aku pun salah sorang penuntutnya jgk ).

tapi korang, sebagai budak sekolah, kena ambik masa ni, Hari ni jugak siapkan keja sekolah, supaya masa mendatang korang boleh main je, xpayah fikir sal keja tu lagi.
dapat la korang enjoy puas2 dgn X-box ke, futsal ke, DOTA ke...pa2 je yang boleh buat korang isi masa kosong.

time cuti ni jgk la, banyak orang nak kawin, knp ya >>>??
heran aku...boleh x nanti orang kawin time keja....time ofis >>??
hahaha, tentu saja boleh, tapi make sure yang korang tu BOS DEKAT OFIS TU !!!

buat kakak Salwani, selamat pengantin baru buat kakak..
kami doakan yang terbaik besok, jangan isau....
moga akak dimurahkan rezeki dari-Nya lepas di ijab kabul nanti.
Agak2nya, akak g * MADU BULAN = HONEYMOON * dkt mana ye ???

ingt ye, belikan kita hadiah kalau g bulan madu jauh2 tu...
hehe.....

Thursday, March 10, 2011

awak~~maafkan saya ye ???



g main futsal xgtau awk...
maaf sgt...xnak ggu awk tadi...
awak gtau yang awak ada keja,
saya still cinta & sayang awk...
PEcaya x??

Wednesday, March 9, 2011

Tahukah anda siapa mereka ??

1. Imam Ali bin Abi Talib
2. Imam Hasan bin Ali
3. Imam Husain bin Ali
4. Imam Ali bin Husain ( Zainal Abidin )
5. Imam Muhammad bin Ali ( al-Baqir )
6. Imam Ja'far bin Muhammad ( ash- Shadiq )
7. Imam Musa bin Ja'far ( al-Kazhim )
8. Imam Ali bin Musa ( ar-Ridha )
9. Imam Muhammad bin Ali ( al-Jawad )
10.Imam Ali bin Muhammad ( al-Hadi )
11.Imam Hasan bin Ali ( al-Askari )
12.Imam Muhammad bin Hasan ( al-Mahdi )

Tuesday, March 8, 2011

Sistem Pneumatik



*tahukah korang apa tu pneumatik ??
Pneu - perkataan Greek maksud angin
Matik - kuasa

jadi , pneumatik = kuasa angin

sistem ni guna udara termampat sebagai media penghantaran kuasa.
udara mampat dimampatkan dengan motor elektrik !!
ia hanya digunakan dalam industri pemasangan komponen elektronik,
mesin proses makanan.

alat-alatnya ialah : mesin gerudi, motor udara

apa yang korang perlu tahu ialah > gambarajah blok komponen pneumatik

bermula dengan :

1)pemampat udara
2)penerima
3)pengering
4)unit servis
5)injap kawalan
6)penggerak @ silinder

Kebaikan sistem pneumatik :

*mudah disalurkan untuk jarak yang jauh dan mudah disimpan.
*udara tidak tertakluk kepada suhu
*mudah diselaraskan dan tiada masalah beban
*udara dapat menyediakan kebolehlenturan dalam kawalan mesin
*udara tidak memerlukan aliran balik
*isipadu udara rendah, pergerakkan laju
*komponen mudah dibina

Monday, March 7, 2011

3rd nature album




style betoi stadium dorang kan ??




kalau camni la caranya dorang menjaga stadium
memang best la player nak main,....
bila dahaga ja, terus minx dorang tekan air tu
kluar...
haha

ni stadium emirates
arsenal....
aku dapat tau hal ni, 2 hari lepas...
style kan ???

Sunday, March 6, 2011

Suzuki Fx110



ni la moto kesayangan aku, selama ni aku idup dgn dia g kuliah
dia xpenah buat perangai kecuali tayar selalu pancit !!
tp dari segi jasa dia ni, aku xkisah kasi tukar tayar baru.

motor ni selamat still deras cam LC
setakat buggati veyron tu, *dah tentu la xboleh potong*
haha

tadi baru je charged bateri dia, semalam tukar spark plug..
lampu depan..asyik terbakor je ( cam dalam cita kak limah tu )
"kite bakor - kite bakor ",kata ucop

haha ~~

Wednesday, March 2, 2011

penatnya ~


sayangku..
maaf xgtau yang kita pegi main futsal,
kita scored 1 gol je hari ni. tp kita *playmaker*

assisted dalam 10 ke 12 jugak lar...
byk kan sayang ???

tapi penat ckit, sebab kita main lebih dari orang lain..
rugi asa nak kuar dari court tu, takut x boleh masuk balik nanti.
( hehe...kawan2 pun naik hangin tgk kita main lama2 )

tapi kita kalah...25-27..
kitorang nak match lagi dgn dorg nanti insyaAllah...

Tuesday, March 1, 2011

I am number 4



cita dia best...
hero kira hensem dari twilight tu *putih cam tampal tepung kat muka ja*
cita pasal manusia dari planet LORIEN...aku pun xtau planet apa tu
planet Nameck boleh tahan jgk...

dorg ada 9 orang semuanya...
1-3 dah kena bunuh mampos...1-3 xbapa kuat, dorg xda kuasa LEGACY
4-9 kuat gila....

tp yg no. 4 ni still cam kanak2,dia xtau yg dia ada gifted cam2 punya kuat...
haha...best sgt tgk film ni...
yang paling aku nak stori dalam blog aku ni ialah ( pasal nama Malaysia pun ada )
gifted yang pertama terbunuh 2 kena mampos di Malaysia...haha
BANGGA BETOL JADI RAKYAT MALAYSIA ~~
ingt nnt nak bawak syg*beena* aku g tgk film lain plak....
korg semua tonton la film ni....insyaAllah boleh isi masa terluang korang,
dari dok merokok ja....